Monday, 29 June 2015

Tugas Sebagai Seorang ISTERI DI Bulan Puasa. Suami Perasan Atau Buat2 Tak Perasan



Sedarkah wahai suami dan anak2 peranan seorang IBU sangat besar dalam kehidupan kita seharian?
Tak semua suami mengakui akan kebenaran ini
Ramai suami merasakan bahawa merekalah yang paling banyak tanggungjawab dalam keluarga
Ramai suami merasakan bahawa merekalah yang memainkan peranan penting dalam keluarga
Ramai lelaki merasakan bahawa merekalah yang melakukan semuanya

Tak di nafikan SUAMI adalah ketua keluarga
Tak dinafikan tanggungjawab suami menjaga isteri dan anak-anak
Tak dinafikan suami menganggung semua perbelanjaan keluarga

Akan TETAPI
Pernahkan suami dalami, siapakah yang lebih memainkan peranan dalam rumahtangga??

Jika nak huraikan tugas isteri dalam rumahtangga memang banyak
Jom kita cuba lihat apa yang isteri/ ibu kita buat sepanjang bulan puasa
Sebab apa saya pilih bulan puasa?
Sebab di bulan puasalah isteri/ ibu lebih banyak tanggungjawab berbanding bulan lain

SETUJU TAK??

Tak setuju? Jom kita tengok sedetailnya tugas isteri ya..



RUTIN  ISTERI DI BULAN PUASA 

1.Bangun seawal 3.30 / 4.00 pagi untuk sediakan makanan sahur
2. Masak nasi / panaskan nasi
3. Masak lauk / panaskan lauk
4. Hidangkan
5. Buat air teh/ kopi/ milo
6. Kejut suami dan anak-anak
7. Layan suami dan anak-anak makan
8. Kemas meja makan
9. Kemas dapur
10. Mandi
11. Solat
12. Pastikan anak siap ke sekolah
13. Siap untuk pegi kerja
14. Siapkan pakaian anak kat umah pengasuh/ transit/ sekolah petang
15. Hantar anak ke sekolah
16. Hantar pakaian anak ke rumah pengasuh/ transit
17. Berkejar ke tempat kerja
18. Jalankan tugas sebagai pekerja dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang (normal shift)
19. Drive balik ambik anak
20. Singgah kedai untuk beli bahan masak
21. Masak untuk berbuka
22. Hidangkan makanan
23. Buat air teh/ sirap/ oreh
24. Kemas dapur
25. Kemas meja makan
25. Solat Maghrib
26. Masukkan baju kotor dalam mesin basuh
27. Terawih
28. Tengok homework anak/ bantu anak belajar
29. Jemur baju 
30. Lipat kain yg basuh smlam / campak dalam bakul aja :-)
31. Iron baju untuk esoknya (baju keja suami/ baju sekolah anak)
32. Siapkan pakaian petang anak (tuisyen/ pakaian harian di umah pengasuh)
33. Rehat


Hmmm 33 tugasan si isteri..itu blum details ja..kalau yang ada anak kecik nak nyusukan lagi... macam2 lagi la kan...


Agak-agak pukul berapa isteri rehat ya?? Rasanya paling awal pukul 12.00 tengah malam. tapi biasanya lebih la. 
Berapa jam aja waktu mereka rehat yang betul2 rehat?
Hanya waktu tidur

Jadi wahai suami
Janganlah hanya memandang sebelah mata 
Peranan isteri anda
Mereka juga adalah tunggak utama dalam keluarga




Tuesday, 23 June 2015

Petua Untuk Mengurangkan Penyakit Darah Tinggi





Pilihan 1: Ramas asam jawa dengan segelas air panas. Kemudian campurkan 1 sudu gula merah ke dalam air asam jawa. Minum sehari sekali.




Pilihan 2: Tumbuk secekak daun bunga raya hingga lumat. Bancuh dengan segelas air. Tapis dan minum setiap hari.




Pilihan 3: Campurkan isi kelapa muda dengan air limau nipis. Minum 2 kali sehari. Amalkan selalu.




Pilihan 4: Amalkan memakan belimbing besi setiap hari.




Pilihan 5: Minum air rebusan pokok ‘Hempedu Bumi Pokok Cerita’. Amalkan selalu.




Pilihan 6: Amalkan untuk meminum air rebusan daun Pokok ‘Ati-Ati’.




Pilihan 7: Makan biji buah Peria.




Pilihan 8: Amalkan untuk memakan pucuk Pokok Pala sebagai ulam.



Pilihan 9: Minum air rebusan pokok 'Dukung Anak'.



Pilihan 10: Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya.



Pilihan 11: Rebus daun pandan wangi secukupnya dengan 2 gelas air. Biarkan hingga tinggal 1/2 gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang.



Pilihan 12: Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, anda juga boleh merebusnya.



Pilihan 13: Parutkan kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah 2 sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.



Pilihan 14: Ambil segenggam daun kucai dan basuh bersih. Seterusnya, masukkan ke dalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan. Mesin ramuan ini sehingga lumat atau hancur (jangan campur dengan air) bagi mendapatkan patinya sahaja. Masukkan ke dalam bekas mangkuk atau cawan. Selepas itu, anda embunkan sehingga pagi. Amalkan selama 3 hari.

Monday, 22 June 2015

Apa yang patut anda tahu untuk membeli TEPUNG BERAS


TEPUNG BERAS

Apa yang patut anda tahu untuk membeli Tepung Beras?
Ada pelbagai jenis tepung beras
Pasti ada yang tak terfikir apa bezanya
Bagi kita asal tepung beras semuanya sama

Sebenarnya ada 3 jenis tepung beras yang berlambangkan gajah
Tepung beras biasanya asal dari negara Thailand
Pasti ada yang tak perasan kan

Jom kita lihat 
Apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yang ada


TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
* Sangat sesuai untuk menggoreng, seperti buat adunan untuk goreng pisang, ubi, cempedak
* Sesuai unruk goreng ikan, goreng mamak, goreng berempah
* Tepung ini sangat rangup
* Sesuai untuk buat rempeyek


TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
* Sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti kuih kuci, kuih apam beras dan perbagai jenis kuih
* Ia menghasilkan kuih yang lembut dan berkilat


TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
* Sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
* Ia lebih kental


TEPUNG BERAS CAP TERATAI
* Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam










Saturday, 20 June 2015

3 Ramadan - Sabtu - Berbuka di D' Fiesha , Bertam



Hari ni berbuka  kat luar
Abah dah janji ngan anak2
Buka di D' Fiesha
Steamboat   & gril
Jom2

Kena book awal kan
Kalau lambat risau  xder tempat
 Selesai book kami pusing2 kat area  Bertam

Banyak sekolah dan kolej
Ada MRSM
Ada Sekolah Sains
Ada USM
Ada ILP
Ada Kolej Jururawat   (masih dalam proses pembinaan)

Kami sempat singgah solat
Di masjid  yang  tersergam  indah
Masjid Abdullah Fahim
Sangat cantik dan selesa


Sangat cantik masjid ni
Segalanya disediakan
Sewaktu kami selesai solat
Kelihatan pekerja sedang menyusun
Juadah untuk  berbuka

Kami pernah  dengar
Masjid Abdullah  Fahim
Menyediakan  juadah berbuka
Dan juga bersahur
Selama sebulan
Tak tahu kebenarannya  btol ke tak

Memang sangat  tertarik
Dengan  keindahan masjid  tersebut
Dan juga pengurusan  yang baik
Memelihara  dan menjaga
Kebersihan dan keindahan
Masjid tersebut

Selesai semua
Kami pusing lagi
Vision Park satu  lagi tempat  tumpuan
Tempat  untuk rehatkan  minda



Susah maju pekan Kepala  Batas
Macam2 ada di sana
Taman perumahan  juga semakin  banyak

Kami dapat  lihat
Ada pasaraya Mydin
Ada pasaraya Sunshine
Ada Kiosk Bertam
Ada butik Fareeda
Ada mcm2 lagi kedai  di situ

KEPALA BATAS SUDAH MAJU


Ok  dah hampir waktu berbuka
Jom ke D'Fiesha
Lambat nanti ramai plak kan
Berebut nak ambik juadah











Anak2 la excited
Boleh masak sendiri kan
Ehehehe
Macam2 nak di ambiknya
Tapi paling best ayam black pepper
Mama yang tak gemar ayam pun pulun sakan wooo














4 Ramadhan - Ahad - Juadah Sahur



Pening gak fikir
Apa juadah  sahur
Nak masak x bleh pikir diri sendiri
Asyik pikir apa lagi yang anak suka makan

Pikir punya pikir
Jam 4 pagi start  masak
Sotong goreng  kunyit
Sayur  kucai dgn fish ball
Sambal  telur hancur

Tadaaaa
Sotong Goreng Kunyit

Sayur Kucai

Sambal Telur Hancur

Tadaaaaa


Syahmi & Hakimi monyok ja
Ngantuk la tu
Adik depan makanan pun pejam lagi
Mcm2 gelagat anak2 



Add caption

Resepi Kuih Pelita - Percubaan Pertama



Hari ni
Dah janji dengan anak2 nak cuba buat Kuih Tepung Pelita
Kuih kegemaran anak bujang dua orang tu

Apa lagi
Mama google la cari resepi yang best
Akhirnya jumpa yang berkenan di hati

Nak cari resepi pun
Kena cari yang menarik
Yang berkenan di mata

Akhirnya jumpa jugak
Jom kita lihat bagaimana caranya
Nak buat Kuih Tepung Pelita

Senang aja
Bahan2 nya
Jom tengok kat bawah ni
Daun Pandan

Santan Kepala

Tepung Beras

Kapur

Pewarna

Air

Garam

Gula


RESEPINYA SEPERTI BERIKUT



KUIH TEPUNG PELITA



1. Bahagian Bawah


  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 5 helai daun pandan diblend dengan sedikit air
  • 1 susud makan air kapur


Campur semua bahan di atas. Kacau hingga sebati. Kemudian tapiskan dan masak atas api sederhana. Sentiasa kaca supaya tidak berketul. Bila dah pekat, perlahankan api dan kacau sehingga nampak berkilat dan keluar gelembung besar meletup2. Tutup api dan masukkan ke dalam acuan.

Gelembung-gelembung besar

2. Bahagian Atas

  • 4 sudu besar tepung beras
  • 4 cawan santan 
  • Garam 2 sudu kecil


Campur semua bahan di atas. Kacau hingga sebati. Masak atas api sederhana. Pastikan sentiasa kacau agar tidak berketul. Sambil menunggu letakkan setengah sudu kecil gula di atas lapisan hijau tadi.

Apabila adunan telah pekat dan ada gelembung meletup2. Tutup api dan tuangkan dalam acuan tadi. Tunggu sejuk atau masukkan dalam peti sejuk untuk rasa lebih sedap.



Dah siap
Mudah kan
So sesaper yang anak2 suka makan kuih ni
Elok buat sendiri aja
Senang dan ringkas



Ni ringkasan proses buat kuih ni
Excited Mama
Cantik color dia kan
Sekali tngok mcm Kuih Seri Muka Plak

OK SELAMAT MENCUBA